MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN RAJANG, SARIKEI, SARAWAK.

19 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan siri lawatan hari ketiga beliau di Sarawak dengan lawatan keempat ke Klinik Kesihatan Rajang, Sarikei, Sarawak.

Sejarah penubuhan KK Rajang bermula pada 1979 dengan pembinaan Klinik Desa Rajang dan Klinik Kesihatan Ibu dan anak. Pada tahun 1997 Klinik Desa Rajang dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak digabungkan dalam sebuah bangunan dinamakan Klinik Kesihatan Rajang.

YB Lukanisman mengambil kesempatan untuk menyantuni kakitangan yang bekerja disitu dan juga menyatakan penghargaan beliau kepada warga yang bekerja di kawasan pendalaman tersebut.

Turut hadir ialah YB Tuan Yusuf Bin Abdul Wahab, Ahli Parlimen Tanjung Manis, YB Datu Haji Len Talif Salleh, ADUN Kuala Rajang, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan dan Dr. Aminuddin Bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 10:45:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page