MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN BELAWAI, SARIKEI, SARAWAK.

19 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengakhiri siri lawatan hari ketiga beliau di Sarawak dengan lawatan lokasi kelima di Klinik Kesihatan Belawai, Sarikei, Sarawak.

Bangunan lama Klinik Kesihatan Belawai dibina pada tahun 1976. Blok baru KK Belawai telah dibina pada tahun 1994 dan mula beroperasi pada tahun 1996 dengan menempatkan Jabatan Pesakit Luar. Kini, perkhidmatan yang disediakan di klinik kesihatan Belawai adalah Perkhidmatan Jabatan Pesakit luar, Perkhidmatan Kesihatan Ibu Dan Anak dan Perkhidmatan Farmasi dengan jumlah purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 50 orang.

YB Lukanisman sempat menyantuni warga kerja di Klinik Kesihatan Belawai disamping meninjau fasiliti dan kemudahan kesihatan yang disediakan di KK Belawai. YB Lukanisman berhasrat agar semua masyarakat mendapat akses perkhidmatan Kesihatan yang cepat dan berkualiti, tidak tertinggal juga masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman.

Turut hadir ialah YB Tuan Yusuf Bin Abdul Wahab, Ahli Parlimen Tanjung Manis, YB Datu Haji Len Talif Salleh, ADUN Kuala Rajang, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan dan Dr. Aminuddin Bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian)

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 11:06:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page