MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DI PUTRAJAYA

20 Julai 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya.

Majlis turut menyaksikan pelepasan kereta berhias KKM oleh Menteri Kesihatan. Ini merupakan salah satu acara yang disediakan oleh KKM sempena sambutan Bulan Kebangsaan. Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2023, KKM telah mengatur pelbagai aktiviti serta turut terlibat dalam pertandingan Program Keceriaan Antara Kementerian dalam kategori Keceriaan (dalam dan luar bangunan) dan pemasangan bendera. KKM juga menganjurkan Pameran Sejarah Kemerdekaan, Pameran Evolusi Sektor Perkhidmatan Kesihatan Malaysia, Pameran dan Dekorasi Kemerdekaan Future Hospital dan Pameran dan Dekorasi Kemerdekaan Kertas Putih Kesihatan.

YB Dr Zaliha Mustafa telah menyatakan bahawa penglibatan KKM dalam bulan kebangsaan ini amatlah bermakna dalam mencapai aspirasi Malaysia MADANI yang bersifat inklusif dengan sokongan dan dukungan rakyat berbilang kaum sebagai lambang perpaduan dan persaudaraan dalam usaha menyuburkan semangat patriotik di pelbagai peringkat usia dan lapisan masyarakat.

Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

image image image image
image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 11:16:28 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page