MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE KLINIK KESIHATAN BALAI, SARIKEI.

20 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja beliau dengan melawat Klinik Kesihatan Balai, Sarikei.

Lawatan ini adalah salah satu inisiatif utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan agar fasiliti perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada masyarakat awam sentiasa berada pada tahap yang baik.

Klinik Kesihatan Balai yang terletak dalam kawasan pinggir bandar Sarikei ini telah ditubuhkan pada September 1984 dan dirasmikan pada Ogos 1987. Klinik ini menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada hampir 2,500 orang komuniti di kawasan tersebut.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Perkhidmatan Kesihatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak, Program Kesihatan Warga Emas dan sebagainya.

Turut hadir ialah YB Dato Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, YB Tuan Yusuf Bin Abdul Wahab (Ahli Parlimen Tanjung Manis, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) dan Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan).

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-08-10 11:23:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page