MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN SARIKEI

20 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan memulakan siri lawatan kerja hari keempat di Sarikei, Sarawak.

Lokasi lawatan pertama adalah di Klinik Kesihatan Sarikei di mana Klinik Kesihatan Jenis Dua (2) ini telah mula beroperasi pada 1990 dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan diperingkat Penjagaan Kesihatan Primer. Dengan jumlah keluasan 0.42 hektar klinik ini merangkumi tiga (3) teras perkhidmatan kesihatan utama yang disediakan iaitu Perkhidmatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak dan Perkhidmatan Pergigian. Pada tahun 2022, Klinik Kesihatan Sarikei telah mencatat jumlah kedatangan pesakit paling tinggi sejak 2017 iaitu seramai 168,771 orang dan hampir 500 orang pesakit setiap hari pada tahun 2023.

YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa menyantuni pesakit-pesakit di klinik tersebut selain melawat ke beberapa bilik rawatan dan fasiliti sekitar klinik bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat awam berada di tahap yang baik.

Turut hadir ialah YB Dato Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan).

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-08-10 11:56:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page