MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL SARIKEI

20 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Hospital Sarikei yang juga merupakan fasiliti kesihatan ketiga dalam siri lawatan kerja beliau.

Hospital Sarikei telah mula dibina pada 1 Julai 2001 dengan keluasan 38 hektar dan telah beroperasi secara rasmi pada 15 Februari 2006.Kini hospital ini telah dikenali sebagai sebuah Hospital Berpakar Minor dan menjadi Lead Hospital Kluster Bersama Hospital Saratok (Non-Lead Hospital).

Hospital yang telah menerima bilangan kemasukan pesakit hampir 14,000 pada tahun 2022 ini telah menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kesihatan dan perubatan antaranya ialah pediatrik, psikiatri, patologi dan tabung darah, Klinik Neurologi (Perkhidmatan kepakaran secara lawatan) dan sebagainya.

YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa memantau keadaan fasiliti dan peralatan-peralatan perubatan yang digunakan bagi tujuan penambahbaikan dan pembaharuan di hospital tersebut.

Turut hadir ialah YB Dato Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, YB Tuan Yusuf Bin Abdul Wahab, Ahli Parlimen Tanjung Manis, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) dan Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan).

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-10 12:10:40 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page