MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM PERASMIAN MADANI AFIAT DAN PELANCARAN INISIATIF 1 HOURMALAYSIACLEANUP PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023 DI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR), PADANG HILIRAN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

23 Julai 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Program Perasmian #MadaniAfiat dan pelancaran inisiatif #1HourMalaysiaCleanUp Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Program Perumahan Rakyat (PPR), Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu.

Negeri Terengganu merupakan negeri ketiga bagi pelaksanaan Program Madani Afiat selepas negeri Selangor dan Kedah. Penganjuran Program Madani Afiat yang dilaksanakan sebelum ini telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat di kedua-dua negeri tersebut.

Program Madani Afiat merupakan cetusan idea YB Menteri Kesihatan dalam merakyatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan merupakan sebahagian daripada agenda reformasi kesihatan yang disarankan dalam Tonggak Kedua, Kertas Putih Kesihatan (Health White Paper, HWP) yang menyarankan peralihan fokus merawat pesakit kepada paradigma baharu iaitu daripada 'Sick Care' kepada 'Health Care.'

Pada hari tersebut, seramai 181 orang pelatih Institut Latihan KKM (ILKKM) dari Kubang Kerian dan ILKKM Cawangan Kuala Terengganu yang telah terlibat dalam Program Mobilisasi Madani Afiat, iaitu program saringan kesihatan dari rumah ke rumah yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, ujian gula dalam darah (hemo glucose test -HGT) dan ujian kolesterol selain memberi pendidikan kesihatan berkaitan cara hidup sihat.

Di samping itu, KKM juga turut melancarkan inisiatif One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu. One Hour Malaysia Clean Up menggalakkan penglibatan dan pembudayaan amalan kebersihan persekitaran dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti amalan kebersihan persekitaran yang diadakan secara berkala dan serentak di komuniti, daerah dan negeri ini merupakan satu inisiatif ke arah membendung penularan kes denggi.

KKM juga sedang memperkasakan penglibatan pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI sebagai inisiatif pencegahan dan kawalan denggi. Sehingga Jun 2023, sebanyak 3,320 pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI telah ditubuhkan dengan penyertaan sebanyak 31,065 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan komuniti di seluruh negara.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), YDH DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Polis Terengganu, YB Tuan Ahmad Shah Muhamed, Timbalan Pengetusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan YBhg. Dato’ Dr. Hajah Kasemani Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.

 

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 15:19:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page