MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE KLINIK KOMUNITI PULAU TUBA

24 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan siri lawatan kerja ke Pulau Langkawi.

Siri lawatan kerja ini dimulakan dengan lawatan ke Klinik Komuniti Pulau Tuba yang dahulu dikenali sebagai Klinik 1 Malaysia Pulau Tuba.

Klinik ini telah ditubuhkan pada 31 Oktober 2012 dan merupakan satu-satunya pusat sehenti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan pesakit luar di Pulau Tuba. Antara perkhidmatan yang disediakan kepada penduduk tempatan adalah perkhidmatan rawatan ringan, rawatan susulan kes pesakit kronik dan khidmat nasihat kesihatan. Dengan kapasiti penduduk seramai 1,400 orang, klinik ini menerima kira-kira 20-30 orang pesakit dalam sehari.

YB Dr. Zaliha juga sempat melawat fasiliti dan peralatan yang digunakan di klinik tersebut bagi tujuan perancangan penambahbaikan klinik-klinik khususnya di kawasan pedalaman.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr. Othman bin Warijo, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, Pegawai Daerah Langkawi, YBrs. Dr. Norizan binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) dan YBrs. Encik Manogar David, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Pengurusan).

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-10 15:56:31 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page