MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE KLINIK DESA PULAU TUBA

24 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja beliau ke Klinik Desa Pulau Tuba, Langkawi.

Klinik Desa Pulau Tuba ini pada awalnya ditubuhkan dengan menggunakan kayu oleh penduduk setempat sekitar tahun 1942. Klinik ini kemudian telah menjadi pusat kesihatan di Pulau Tuba bagi memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan selain di pulau besar. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik desa tersebut adalah perkhidmatan Kesihatan Keluarga, klinik warga emas dan pesakit luar khususnya pada selepas waktu operasi Klinik Komuniti Pulau Tuba.

YB Dr. Zaliha juga sempat melawat tapak cadangan bagi pembinaan Klinik Kesihatan Pulau Tuba yang dilihat akan menjadi fasiliti kesihatan utama di pulau ini. KKM berharap perancangan seperti ini akan dapat diteruskan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan awam negara khususnya di kawasan luar bandar.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr. Othman bin Warijo, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, Pegawai Daerah Langkawi, YBrs. Dr. Norizan binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) dan YBrs. Encik Manogar David, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Pengurusan).

 

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 16:19:22 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page