MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL SULTANAH MALIHA.

24 Julai 2023- Komitmen KKM dalam   mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan infrastruktur fasiliti kesihatan di Pulau Langkawi diteruskan dengan lawatan YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan ke Hospital Sultanah Maliha bagi meninjau kemajuan kerja bagi Projek Pembinaan Bangunan Tambahan di hospital ini.

Projek yang sedang dalam pembinaan ini akan memberikan pertambahan sebanyak 220 katil dan menjadikan jumlah keseluruhan katil di hospital ini adalah sebanyak 330 katil apabila projek ini siap kelak. Kerja-kerja pembinaan ini masih di peringkat awal dan dijadualkan siap pada bulan Julai 2025.

YB Dr. Zaliha Mustafa juga telah diberikan taklimat berkenaan pengoperasian hospital dan keadaan semasa kemudahan-kemudahan sedia ada di hospital ini.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr. Othman bin Warijo, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBrs. Dr. Farique Rizal bin Abdul Hamid , Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Perubatan), YBrs. Dr. Badariah binti Tambi Chek Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Pergigian), Pn. Nik Mah binti Nik Mat, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Farmasi), YBrs. Encik Manogar David, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Pengurusan) dan wakil dari JKR Negeri Kedah.

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-08-10 16:29:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page