MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK BANDAR TUN RAZAK.

26 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan siri lawatan kerja ke fasiliti KKM sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selama dua (2) hari dari 26 hingga 27 Julai 2023.

Siri Lawatan YB Lukanisman bermula di Kuala Lumpur dengan premis pertama, iaitu Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bandar Tun Razak (KKIA BTR).  Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bandar Tun Razak telah ditubuhkan pada tahun 1986.

Sebelum tahun 2010, KKIA Bandar Tun Razak beroperasi di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mulai 1 Januari 2010 klink ini telah diambil alih pentadbiran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sepenuhnya dan dipertanggungjawabkan dibawah Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak.

Perkhidmatan yang disediakankan oleh KKIA BTR tersebut adalah penjagaan kesihatan pra-kehamilan, penjagaan antenatal, penjagaan postnatal, Perancang keluarga dan Perkembangan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

YB Lukanisman telah melawat sekitar KKIA dan juga meninjau tapak cadangan lokasi baru untuk KKIA BTR selain menyantuni warga kerja KKIA tersebut.

YB Lukanisman menyatakan bahawa Kerajaan memberikan keutamaan terhadap inisiatif menaik taraf klinik kesihatan daif dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan negara.

Justeru, lawatan  beliau adalah bertujuan untuk memantau kerja- kerja pembaikan dan menaiktaraf bagi 436 klinik daif dengan peruntukan yang telah disediakan melalui Program Bitara Madani.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datin Dr. Haliza Binti Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Rohaya binti Ramli, Pegawai Kesihatan Cheras, dan En. Naquib, wakil dari DBKL

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-11 10:24:25 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page