MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN DAN KLINIK PERGIGIAN BANDAR TUN RAZAK.

26 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan siri lawatan kerja ke fasiliti KKM sekitar Kuala Lumpur di premis kedua, iaitu Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Pergigian (KP) Bandar Tun Razak (BTR).

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak dibina pada tahun Mei 1983. Purata harian kedatangan pesakit ke KK tersebut adalah seramai 180 orang manakala KP BTR mempunyai kakitangan seramai 40 orang dengan purata harian kedatangan pesakit ke KP tersebut adalah seramai 50 orang.

YB Lukanisman telah melawat sekitar KK dan KP serta meninjau tapak cadangan lokasi baru untuk KK dan KP disamping menyantuni warga kerja dan beramah-mesra dengan pesakit yang mendapat di Klinik Kesihatan tersebut.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datin Dr. Haliza Binti Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Rohaya binti Ramli, Pegawai Kesihatan Cheras, Dr. Nurzeiti, Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Dr. Rihaniah Binti Zainal, Pegawai Kesihatan yang menjaga KK dan Dr. Desriani binti Jakirman, Pegawai Pergigian yang menjaga KP.

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-08-11 10:35:50 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page