MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KOMUNITI HANG TUAH.

26 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengakhiri siri lawatan kerja beliau di sekitar Kuala Lumpur dengan lawatan ke premis terakhir iaitu Klinik Komuniti Hang Tuah, yang juga merupakan salah satu Klinik daif.

Klinik Komuniti Hang Tuah telah mula dibuka pada September 1955 pada ketika itu diberi nama Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Jalan Hang Tuah dan operasi di bawah pentadbiran Jabatan kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengambil alih KKIA pada Januari 2010 dan di tukar nama ke Klinik Komuniti Hang Tuah pada Tahun 2019.

Klinik Komuniti Hang Tuah merupakan klinik yang tertua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan telah beroperasi lebih daripada 64 tahun.

Purata harian kedatangan pesakit ke KK Petaling Bahagia tersebut adalah seramai 90 orang.

Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Komuniti tersebut adalah perkhidmatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Farmasi dan juga Saringan Kesihatan.

YB Lukanisman melawat sekitar Klinik Komuniti dan juga mengambil kesempatan beramah-mesra bersama warga kerja di Klinik Komuniti tersebut.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datin Dr. Haliza Binti Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Noriklil Bukhary Ismail Bukhary, Pegawai Kesihatan Daerah Lembah Pantai, Dr. Rozilia binti Ahmad Fauzi, Pegawai Pergigian Daerah Lembah Pantai dan Dr. Hanis Zhafirah Binti Md. Zin, Pegawai Perubatan yang menjaga Klinik Komuniti Hang Tuah

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-08-11 11:14:45 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page