MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) KUALA LANGAT.

27 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan siri lawatan kerja ke fasiliti KKM sekitar Selangor.  Fasiliti pertama yang dilawati adalah di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat.

Satu sesi taklimat telah diberikan oleh Dr. Norhayati binti Mokhtar, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Langat. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Langat telah mula beroperasi di dalam bangunan yang sama sejak tahun 1977.Fasiliti-fasiliti yang terdapat di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat ialah Hospital Banting, 10 Klinik Kesihatan, 18 Klinik Desa, 2 klinik komuniti dan 3 Klinik pergigian.

YB Lukanisman menyatakan bahawa lawatan beliau bertujuan untuk meninjau dan membantu sedaya upaya pembaikan dan menaiktaraf projek klinik dan fasiliti kesihatan yang daif di daerah Kuala Langat dengan peruntukan yang telah disediakan di bawah Program Bitara Madani.

YB Lukanisman turut menyantuni warga kerja di Pejabat Kesihatan Kuala Langat dan warga kerja Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Langat semasa sesi lawatan tersebut.

Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus, Ahli Perlimen Kuala Langat, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan Dr Ummi Kalthom Binti Shamsudin, Pengarah Bahagian Kesihatan Awam.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-08-11 11:22:52 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page