MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN DAN KLINIK PERGIGIAN SUNGAI PELEK.

27 Julai 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengakhiri lawatan di Selangor dengan melawat Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Sungai Pelek.

Klinik Kesihatan Sungai Pelek mula beroperasi pada tahun 1962. Pada asalnya, Klinik Kesihatan Sg Pelek ini adalah dibawah penyeliaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat dan kini dibawah penyeliaan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang.Bangunan Klinik Kesihatan Sungai Pelek terbahagi ke 4 blok yang berbeza iaitu Bangunan Klinik Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak, Bahagian Farmasi dan Bahagian Pergigian. Purata harian kedatangan pesakit ke KK tersebut adalah seramai 280 hingga 350 orang manakala Klinik Pergigian Sungai Pelek mempunyai purata harian kedatangan pesakit seramai 40 orang.

YB Lukanisman telah melawat sekitar Klinik Kesihatan dan Klinik pergigian dan sempat meluangkan masa menyantuni warga kerja dan juga beramah-mesra dengan pesakit di Klinik Kesihatan tersebut.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Dr Ummi Kalthom Binti Shamsudin, Pengarah Bahagian Kesihatan Awam, Dr. Noor Hasliza Binti Hassan, Ketua Klinik Kesihatan Sg Pelek dan Dr. Nurul Husna Binti Idris, Pegawai pergigian yang menjaga Klinik Pergigian Sungai Pelek.

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-11 15:22:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page