MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PROGRAM 20TH KELANTAN DERMATOLOGY UPDATE 2023 DI H ELITE HOTEL, KOTA BHARU, KELANTAN.

 

29 Julai 2023-YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merasmikan Program 20th Kelantan Dermatology Update 2023 di H Elite Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Kelantan Dermatology Update merupakan kursus dalam Latihan anjuran Jabatan Dermatologi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Program pada hari ini merupakan penganjuran yang ke-20 oleh Kelab Dermatologi HRPZ II dengan kerjasama Jabatan Dermatologi HRPZ II, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan College Of Physician Academy Of Medicine Malaysia (Dermatology Chapter). Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu 29 Julai 2023 sehingga 30 Julai 2023 .Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota perubatan samada kakitangan awam atau swasta berkaitan bidang perubatan dermatologi.

YB Tuan Lukanisman dalam ucapannya  menyebut bahawa Perkhidmatan Dermatologi merupakan satu bidang subkepakaran yang luas di mana ianya merangkumi rawatan kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak. Terdapat juga kes-kes kulit pediatrik yang sukar dan memerlukan perhatian khusus daripada pakar pediatrik dermatologi. Namun begitu , perkhidmatan pakar pediatrik dermatologi masih belum wujud di HRPZ II secara khusus, namun ianya sudah dalam perhatian dan perancangan pihak hospital.

Buat masa ini, klinik khas pediatrik dermatologi telah pun diwujudkan bagi merawat pesakit dari golongan kanak-kanak sementara menunggu Pakar Dermatologi kanak-kanak yg tetap ditempatkan di HRPZ II.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Puan Nazlina binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Dr Puteri Nurbaya binti Mohamed Ismail, Timbalan Pengarah Perubatan I, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan YBrs. Dr Zulrusydi bin Ismail, Timbalan Ketua Jabatan Dermatologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-08-14 11:11:28 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page