MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM LARIAN “FUN RUN” KOMUNITI BERSEMPENA DENGAN MAJLIS PERSIDANGAN STROK MALAYSIA 2023 DI TAMAN TASIK PERMAISURI, CHERAS.

30 Julai 2023-YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan program larian “Fun Run” komuniti bersempena dengan majlis Persidangan Strok Malaysia 2023 di Taman Tasik Permaisuri, Cheras.

Sejurus selepas perasmian program larian ini, YB Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Persidangan Strok Malaysia 2023 yang diadakan di Zecon Hotel, Hospital Kanak-Kanak UKM.

Objektif utama program “Fun Run” ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengenali tanda-tanda awal strok dan langkah-langkah awal untuk menghalang strok dari berlaku. Dianggarkan 1 dari 4 orang dewasa mengalami serangan strok dan jumlah pesakit strok juga menunjukkan peningkatan yang ketara.

Hal ini adalah disebabkan oleh kenaikan jumlah pesakit- pesakit yang mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, tinggi kolesterol, masalah jantung, berat badan berlebihan, fibrilasi atrium dan kurang mengamalkan senaman.

Persidangan yang diadakan hari ini turut membincangkan keperluan peningkatan penjagaan komprehensif strok daripada pencegahan kepada rawatan selepas strok. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus komited untuk melaksanakan Pelan Tindakan Strok Kebangsaan 2022.

Turut hadir, YBrs. Dr. Sapiah Sapuan, Ketua Perkhidmatan Neurologi KKM, YBrs. Professor Madya Dr. Hoo Fan Kee Pengerusi Stroke Council & Malaysia Stroke Conference 2023, YBrs. Dr. Law Wan Chung, Presiden Malaysian Society of Neurosciences, YBrs. Dr. Irene Looi, Pengerusi Malaysia Stroke Academy, YBrs. Dr. Wan Asyraf Wan Zaidi, Naib Pengerusi Malaysia Stroke Council dan YBrs. Dr. Khairul Azmi Ibrahim, Pengerusi Saintifik, Malaysia Stroke Conference 2023.

 

 

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-15 08:16:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page