MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE PUSAT OPERASI PERKHIDMATAN RAWATAN PRA HOSPITAL DAN AMBULANS (PRPA) TITIK PANAS (HOTSPOT) KOTA BHARU

30 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan merangkap Timbalan Yang di-Pertua Kebangsaan Majlis St. John Ambulans Malaysia (SJAM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Operasi Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA) Titik Panas (Hotspot) Kota Bharu yang dikendalikan oleh St. John Ambulans Malaysia di Kampung Nilam Puri, Kelantan.SJAM yang diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan agensi auksiliari yang telah diperbadankan melalui Akta 74 Parlimen Malaysia.

Lawatan rasmi ini adalah sempena Hari Terbuka dan Program Komuniti Masyarakat SJAM anjuran SJAM Negeri Kelantan bagi menyantuni masyarakat setempat tentang operasi perkhidmatan dan pengetahuan pertolongan cemas. Pusat Operasi Hotspot Kota Bharu ini telah mula beroperasi sejak 1 April 2022 dan memberikan PRPA dengan kerjasama Jabatan Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu sebagai Hospital Penyelaras dan Pusat Kordinasi Perubatan Kecemasan MECC (Medical Emergency Coordination Centre) Kota Bharu sebagai Pusat Penyelaras.

Inisiatif PRPA di lokasi titik panas ini telah dimulakan pada tahun 2014 di Lembah Klang dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, SJAM dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Matlamat utama perkhidmatan ini diperkenalkan bagi membantu mengurangkan masa tindak balas perkhidmatan ambulans ketika kecemasan. Pada tahun 2023, perkhidmatan yang dibiayai oleh Kerajaan ini telah diperluaskan ke 15 lokasi tambahan, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, pihak SJAM juga akan menempatkan tiga unit Peranti Defibrilator Luaran Automatik (AED-Automated External Defibrillator) di tiga lokasi di Negeri Kelantan iaitu di Masjid Al-Fattah, Pasar Siti Khadijah dan Kompleks Belia dan Sukan, Panji. Ketiga-tiga peranti AED ini adalah sumbangan badan akorporat dan individu. Projek Komuniti AED ini telah dilancarkan oleh SJAM pada tahun 2019 sempena Ulang Tahun SJAM Ke-111 (1908-2019). Pihak SJAM mensasarkan untuk menempatkan 111 unit AED.

Sehingga bulan Julai 2023, sebanyak 70 unit AED telah ditempatkan di lokasi-lokasi seperti pusat membeli belah, stesen pengangkutan awam, sekolah, tempat beribadat, pejabat kerajaan dan sebagainya di sekitar Lembah Klang.

Penyampaian sumbangan Peti Pertolongan Cemas adalah usaha SJAM untuk mempersiapsiaga masyarakat setempat. SJAM melalui pasukan petugas Perkhidmatan Hotspot akan mendekati masyarakat dengan menawarkan sesi kursus dan latihan secara percuma. Hasrat SJAM adalah untuk melatih sekurang-kurangnya seorang ahli pertolongan cemas dalam setiap isi rumah selain menawarkan sesi kesedaran CPR + AED secara percuma.

Turut hadir YBhg Dato’ Lai See Ming, Pemerintah Agung St Johon Ambulans Malaysia, YDH Datuk Muhamad Zaki bin Haji Harun, Ketua Polis Negeri Kelantan, YBrs. Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, YBrs. Dr. Ahmad Tajuddin bin Mohamad Nor, Ketua Turus (Latihan), St. John Ambulans Malaysia, YBhg Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JabatanBelia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Dere Rahuni bin Zainal Abidin dan Penghulu Mukim, Kampung Nilam Puri Kota Bharu.

 

 

 

 

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-08-15 08:29:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page