MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PERINGKAT NEGERI KELANTAN DI HOTEL GRAND RIVERVIEW, KOTA BHARU.

31 Julai 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat negeri Kelantan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

Majlis APC ini didakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) atas sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi di samping penglibatan secara aktif dalam kegiatan sukan, kemasyarakatan, persatuan dan lain-lain sumbangan bakti yang bermanfaat kepada negara. Penganugerahan APC ini merupakan satu manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap modal insan berkualiti, dinamik dan berprestasi unggul dalam mencapai ekspektasi kementerian untuk mencapai objektif, misi dan visi kementerian yang disasarkan.

Pada hari ini seramai 1,363 orang warga KKM telah menerima anugerah APC daripada 30 Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Daripada jumlah tersebut, seramai 9 orang menerima Sijil Penghargaan Cemerlang (SPC).

Manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang terpilih ini adalah sebagai penyuntik semangat menjadi pemangkin kecemerlangan dan menjadi motivasi kepada semua warga KKM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

YB Menteri turut menyeru semua warga kerja JKNK agar mengamalkan budaya komunikasi yang bukan sahaja profesional, malah efisien yang boleh meningkatkan keberkesanan perkhidmatan yang sentiasa memerlukan interaksi dengan cepat dan cekap mengikut situasi atau senario yang dikendalikan. Beliau turut menyarankan aspek komunikasi antara petugas kesihatan perlu diberi perhatian serius oleh JKNK. Seperti profesion yang lain, aspek komunikasi ketika bertugas merupakan jambatan terpenting dalam menghubungkan mesej atau maklumat yang diterima untuk dilaksanakan sebagai tindakan.

Turut hadir YBhg Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Puan Nazlina binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan) dan Pengurusan Tertinggi JKN Kelantan.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-08-15 08:37:31 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page