MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PROGRAM MALAYSIA SUICIDE AWARENESS VOICE OF HOPE (MYSAVE) DI PUSAT KECEMERLANGAN KESIHATAN MENTAL KEBANGSAAN (NCEMH).

31 Julai 2023 - YB Tuan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan hari ini merasmikan Program Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope (MySAVE) di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada petugas media tentang pelaporan selamat dan bertanggungjawab berkaitan tingkah laku bunuh diri.

Di Malaysia, merujuk sumber daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes bunuh diri meningkat sebanyak 80% bersamaan 1,142 kes pada tahun 2021 berbanding 631 kes pada tahun 2020. Pada tahun 2022, terdapat sedikit pengurangan kes bunuh diri iaitu sebanyak 981 kes. Namun, trend ini masih membimbangkan kerana terdapat peningkatan dua (2) kali ganda dalam prevalen kes bunuh diri dalam kalangan mereka yang berumur antara 15 hingga 18 tahun iaitu daripada tiga (3) peratus kepada enam (6) peratus.

Hasil daripada kajian-kajian lepas, didapati bahawa pelaporan bunuh diri yang tidak selamat terutamanya pemaparan kaedah bunuh diri yang terperinci boleh menyebabkan berlakunya gejala-gejala peniruan bunuh diri (suicide contagion). Pelaporan bunuh diri yang tidak selamat juga boleh menyebabkan trauma kepada pembaca terutamanya individu yang mengenali si mati dan individu yang berisiko membunuh diri.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu garis panduan pelaporan media selamat dan bertanggungjawab berkaitan tingkah laku bunuh diri sebagai rujukan kepada pihak media.

Menerusi program MySAVE ini, KKM akan terus berusaha dan komited untuk mendidik dan melatih masyarakat berhubung masalah kesihatan mental, pencegahan tingkah laku bunuh diri, menghapuskan stigma terhadap tingkah laku tersebut dengan harapan agar individu yang terkesan akan mendapat bantuan dan sokongan, seterusnya dapat mencegah kematian akibat bunuh diri.

Sebagai sokongan kesihatan mental jarak jauh, NCEMH juga turut menyediakan perkhidmatan tele-kaunseling atas talian menerusi Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love) yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kaunseling KKM. Talian ini beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam termasuk cuti umum.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Merangkap Penaung Program MySAVE), YBrs. Dr. Nurashikin Binti Ibrahim, Ketua Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dan YBrs Dr Yusni Yusuff , Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta merangkap Timbalan Ketua Perkhidmatan Psikiatri KKM.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-10-11 14:35:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page