MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA.

2 Ogos 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian majlis Sambutan Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Tema “A safe and healthy working environment as a fundamental principle and right at work,” bertepatan dengan falsafah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam konteks kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

Berdasarkan data semasa, sebanyak 1,173 kes kecederaan akibat alatan tajam dilaporkan pada tahun 2022 berbanding tahun 2021 iaitu 1,149 kes. Bagi kes kemalangan yang melibatkan petugas KKM pula, sebanyak 1,311 kes telah dilaporkan pada tahun 2022 berbanding 984 kes pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, sebanyak 124 kes jangkitan berkaitan paru-paru telah dilaporkan pada tahun lalu dengan jumlah kes direkodkan sebanyak 123 kes bagi penghidap Pulmonary Tuberculosis (PTB) dalam kalangan anggota KKM.

KKM terus komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjaga menerusi Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW. Program ini merupakan platform dalam menyuntik advokasi kesihatan dan mempersiapkan warga kerja KKM ke arah tahap kesihatan yang terbaik demi meneruskan perjuangan dalam memperkasakan sistem kesihatan negara.

Pelaksanaan pengawasan kemalangan, kecederaan, penyakit dan keracunan pekerjaan diharap dapat menyelamatkan petugas kesihatan daripada terbabit dengan apa jua kemalangan yang tidak diingini ketika bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan.

Turut hadir, YB Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni,Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM.

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-15 10:56:33 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page