MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI PERJUMPAAN BERSAMA MAJLIS GABUNGAN PRESIDEN DAN SETIAUSAHA AGUNG KESATUAN SEKERJA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (MAPSU KKM)

3 Ogos 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir ke sesi perjumpaan bersama Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU KKM) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perjumpaan ini merupakan satu pendekatan pihak KKM untuk berbincang terus dengan pihak kesatuan sekerja dalam usaha merungkai permasalahan yang dibangkitkan oleh kesatuan.

Perjumpaan ini juga dilihat sebagai satu bukti pihak pengurusan KKM sentiasa terbuka untuk mengadakan sesi pertemuan dari semasa ke semasa.

MAPSU mewakili lebih 80,000 warga KKM iaitu 22 kesatuan sekerja di bawahnya.  MAPSU menyambut baik komitmen KKM yang memberikan perhatian kepada semua 119 skim perkhidmatan di bawah KKM.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),YBrs.Encik Ajulahin bin Japin, Presiden Majlis Gabungan Presiden Dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU KKM).

 

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-08-15 11:03:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page