MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL SENTOSA KUCHING.

3 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan siri lawatan kerja di Kuching, Sarawak.

Siri lawatan kerja pada kali ini dimulakan dengan lawatan ke Hospital Sentosa, Kuching yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Mental Sarawak. Dr. Rosliwati binti Md. Yusoff, Pengarah Hospital Sentosa telah memberikan taklimat ringkas berkenaan sejarah penubuhan dan beberapa maklumat penting berkenaan hospital tersebut.

Lawatan ini juga meliputi lawatan ke wad-wad, fasiliti hospital serta penyerahan sumbangan enam (6) buah katil pesakit daripada YB Wilfred Yap Yau Sin ADUN N.12 Kota Sentosa kepada pihak hospital.

YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa melawat dan menyantuni pesakit serta petugas-petugas kesihatan yang sentiasa komited dalam berkhidmat demi meningkatkan kualiti kesihatan awam negara.

Turut hadir ialah YB Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kesihatan Awam dan Perumahan), YB Wilfred Yap Yau Sin, ADUN N.12 Kota Sentosa, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) dan Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Rosliwati binti Md. Yusoff, Pengarah Hospital Sentosa.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-15 11:10:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page