MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN SAMARINDAH, SARAWAK

3 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menamatkan hari pertama siri lawatan kerja rasmi beliau di Klinik Kesihatan Samarindah, Sarawak.

Klinik kesihatan ini mulanya beroperasi sebagai Klinik 1 Malaysia sebelum dinaik taraf sebagai klinik kesihatan pada 18 Februari 2019. Dengan jumlah populasi komuniti hampir 30,000 penduduk klinik ini mempunyai purata kedatangan harian sehingga 183 orang. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, pesakit luar dan sebagainya.

YB Lukanisman juga sempat melawat ke tapak cadangan bagi perkhidmatan pergigian berhampiran kawasan klinik kesihatan tersebut bagi memudahkan masyarakat awam khususnya penduduk setempat untuk mendapatkan perkhidmatan dan pemeriksaan gigi.

Turut hadir ialah YB Datuk Hamzah Brahim, ADUN Stakan, YBrs. Tuan Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) dan Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan).

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-15 11:29:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page