MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK, SERIAN

4 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan melawat ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Serian, fasiliti kesihatan ketiga dalam siri lawatan kerja beliau.

KKIA Serian mula beroperasi pada 26 April 1996 dengan jumlah populasi penduduk seramai hampir 30,000 orang.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah kesihatan ibu mengandung, kesihatan kanak-kanak, pemberian vaksin dan sebagainya. Sehingga Julai 2023, purata kedatangan pesakit di klinik ini adalah 70-80 orang.

YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa menyantuni pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di klinik tersebut.

Turut hadir ialah YB John Ilus, ADUN Bukit Semuja, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Hashimah binti Basari@Basri, Pegawai Kesihatan Bahagian Serian dan YBrs. Encik Abdul Khalid bin Manap, Timbalan Residen Bahagian Serian.

image image image image

 


Kemaskini pada 2023-08-15 13:17:45 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page