MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE TAPAK PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN SIBURAN, SARAWAK

4 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja beliau ke tapak pembinaan Klinik Kesihatan Siburan, Sarawak.

Lawatan ini diadakan untuk memastikan projek pembinaan klinik ini mematuhi piawaian yang ditetapkan agar keselamatan bangunan berada pada tahap yang terbaik.

Klinik kesihatan Jenis 3 ini dijangka akan siap dibina pada 17 Oktober 2023 dengan penyediaan fasiliti-fasiliti seperti kuarters Kelas D, kuarters Kelas G, blok sokongan, pondok pengawal dan sebagainya.

Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan di klinik ini adalah unit pesakit luar, pergigian, x- ray dan makmal perubatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap pembinaan klinik-klinik kesihatan yang sedang dilaksanakan ini dapat membantu dalam meningkat mutu perkhidmatan kesihatan awam negara khususnya dalam membantu mengurangkan kesesakan di hospital- hospital kerajaan.

Turut hadir ialah YB Dato' Sri Richard Riot anak Jaem, Ahli Parlimen Serian, YB Datuk Willie Anak Mongin, Ahli Parlimen Puncak Borneo, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Hashimah binti Basari@Basri, Pegawai Kesihatan Bahagian Serian dan YBrs. Encik Abdul Khalid bin Manap, Timbalan Residen Bahagian Serian.

image image image image

 


Kemaskini pada 2023-08-15 14:08:58 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page