MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE TAPAK PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN TABUAN JAYA, KUCHING

4 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menamatkan hari kedua lawatan kerja beliau di Sarawak dengan mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Klinik Kesihatan Tabuan Jaya, Kuching.

Klinik kesihatan Jenis 2 ini dijangka akan siap dibina pada 7 Jun 2024 dengan menyediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan kepada pesakit dan petugas- petugas di klinik tersebut.Antara fasiliti yang akan dibangunkan adalah blok sokongan (stor), pondok pengawal, garaj ambulans dan sebagainya. Klinik ini juga akan menawarkan perkhidmatan kesihatan seperti unit pesakit luar, unit pergigian, x-ray dan farmasi bagi memastikan masyarakat awam khususnya penduduk di kawasan Tabuan Jaya mendapat akses ke perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

YB Lukanisman juga sempat meninjau keadaan sekeliling tapak pembinaan klinik bagi memastikan keselamatan pekerja binaan terjaga dan kemajuan projek bergerak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Veroncia Lugah, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam).

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-15 14:14:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page