MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN YAYASAN AIDS MALAYSIA TERATAK KASIH TOK NAN CAWANGAN MIRI

5 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Yayasan AIDS Malaysia Teratak Kasih Tok Nan Cawangan Miri.

Teratak Kasih Tok Nan ini merupakan sebuah pusat sokongan sehenti bagi Orang Yang Hidup dengan HIV bagi melakasanakan program pencegahan HIV yang dikenali sebagai Differentiated HIV Services for Key Populations (DHSKP). Teratak ini adalah hasil daripada kerjasama tiga hala di antara Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan Sime Darby (YSD) bagi meningkatkan usaha dalam mencegah jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan masyarakat awam khususnya penduduk di sekitar Miri.

YB Lukanisman dalam ucapan beliau turut menjelaskan bahawa kerjasama multi-sektoral melalui penglibatan sektor korporat merupakan salah satu pemacu kritikal yang dikenalpasti dapat membantu mempercepatkan sasaran Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Mengakhiri HIV/AIDS menjelang 2030 (NSPEA).

Turut hadir ialah, YBhg. Datin Patinggi Datuk Amar Puan Sri Hajah Jamilah Anu, Patron Yayasan AIDS Malaysia Sarawak, YBhg. Professor Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, YBrs. Profesor Madya Dr. Raja Iskandar Shah Raja Azwa, Presiden Majlis AIDS Malaysia & Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AIDS Malaysia, YBrs. Dr. Hajjah Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Sime Darby, YBrs. Tuan Khairul Nizam Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah, Sime Darby Plantation Sarawak, YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan YBrs. Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-15 14:42:07 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page