MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KESIHATAN KOMUNITI SIBUTI

6 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Perasmian Karnival Kesihatan Komuniti Sibuti.

Karnival ini diadakan untuk membudayakan gaya kehidupan yang sihat dan memberikan kesedaran kepada komuniti Sibuti akan kepentingan penjagaan kesihatan yang rapi dan konsisten.

Maka, sempena Karnival Kesihatan Komuniti Sibuti pada kali ini, beberapa pengisian telah dirangka untuk menggalakkan masyarakat dan komuniti setempat menjalankan saringan kesihatan secara berkala di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) yang juga merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu Teras 3, Kawalan Kesihatan Kendiri.

NHSI bertujuan untuk memperkasakan kawalan kesihatan kendiri bagi memastikan individu, keluarga dan komuniti mempunyai keupayaan, kemampuan serta kemahiran dalam menangani ancaman penyakit tidak berjangkit.

YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa untuk melawat booth-booth yang turut disediakan di karnival tersebut seperti mySalam, unit fisioterapi, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Klinik bergerak LPPKN serta kunjungan ke Klinik Kesihatan Bekenu sempena karnival kesihatan ini.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Tuan Haji Jamalie bin Haji Busri, Residen Bahagian Miri, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Timbalan Pengarah Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. P. Raviwharmman A/L Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri dan YBrs. Puan Norlila binti Haji Ulis, Pegawai Daerah Subis.

 

image image image image
image image image image
image image image

 


Kemaskini pada 2023-08-15 14:50:49 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page