MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN KLINIK KESIHATAN MANIR DI KUALA TERENGGANU

6 Ogos 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Manir di Kuala Terengganu, Terengganu.

Klinik Kesihatan Manir, merupakan klinik kesihatan Jenis 3 yang mana projek pembinaan klinik kesihatan ini telah bermula pada 22 Disember 2016 dan siap sepenuhnya pada 30 September 2019. Klinik ini telah mula beroperasi pada 5 Januari 2020.

Projek ini meliputi pembinaan bangunan klinik dua (2) tingkat serta blok kuarters yang dijangka boleh menampung kira-kira 300 pesakit sehari. Klinik ini merupakan klinik gantian daripada klinik lama yang telah berusia 54 tahun. Klinik kesihatan ini menyediakan perkhidmatan klinik pesakit luar, klinik ibu dan kanak-kanak, klinik pergigian, klinik kecemasan, perkhidmatan kawalan vektor dan perkhidmatan kesihatan untuk sekolah-sekolah bantuan Kerajaan.

Selain itu, YB Menteri Kesihatan juga turut merasmikan Fever Centre, Klinik Kesihatan Manir. Pusat ini telah dinaik taraf dan mula beroperasi pada 10 Mei yang lalu.

Turut hadir pada Majlis Perasmian tersebut ialah YBhg. Dato' Dr. Hjh Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan YBrs. Dr. Hjh. Fatimah binti Muda, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-15 14:58:25 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page