MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP TILAWAH AL-QURAN KALI KE-32 PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 1445H BERSAMAAN 2023M

8 Ogos 2023- Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran kali ke-32 Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 1445H bersamaan 2023M telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) yang mewakili YB Menteri Kesihatan pada hari ini di Hotel Permai, Kuala Terengganu, Terengganu.

Majlis Tilawah ini merupakan acara tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai medan untuk meningkatkan syiar Islam melalui pembudayaan Al-Quran dalam kalangan kakitangan KKM disamping menghayati, memahami ilmu dan pengajaran daripada kitab suci Al-Quran.

Dengan bertemakan “Al-Quran Teras Masyarakat Madani”, Majlis Tilawah ini telah berlangsung pada 6 hingga 8 Ogos 2023. Seramai 30 orang Qari dan Qariah yang mewakili negeri masing-masing telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Kriteria penjurian adalah dari aspek Tajwid, Tarannum, Fasahah dan suara.

Keputusan Penuh Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat KKM Kali ke 32 Tahun 1445H/2023M

QARI

1. Dr. Hafiz bin Ahamat (JKN Melaka)

2. Dr. Amirul Asyraf bin Abdul Razak (JKWP KL & Putrajaya)

3. Tn. Hj. Moharizal bin Mohd Noor (JKN Terengganu)

QARIAH:

1. Dr. Nooraini binti Abdullah (JKN Selangor)

2. Dr. Siti Syahirah binti Isa (JKN Perak)

3. Pn. Rosnani binti Mohmad (JKWP KL & Putrajaya)

JOHAN KESELURUHAN

- Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Dr. Hjh Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBrs. Puan Norli binti Karim, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pengarah-pengarah Kesihatan Negeri.

 

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-16 12:07:36 daripada BPM Aishah

  •  
  • Print
  • Email this page