MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KAUNTER 'THERMAL SCANNER' DAN PUSAT KUARANTIN KESIHATAN TERMINAL 1 KLIA

10 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan beliau ke Kaunter 'Thermal Scanner' dan Pusat Kuarantin Kesihatan Terminal 1 KLIA.

Lawatan ini adalah untuk melihat prosedur mengesan suhu di pintu masuk antarabangsa KLIA sebagai langkah pencegahan dan pengawasan jangkitan penyakit COVID-19 dan demam kuning. Penyakit demam kuning merupakan jangkitan virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang dijangkiti. Individu yang dikesan mempunyai suhu badan yang tinggi akan dibawa ke Bilik Saringan untuk menjalankan pemeriksaan yang lebih lanjut dan mengenalpasti faktor peningkatan suhu badan.

YB Lukanisman juga melawat ke Pusat Kuarantin Kesihatan KLIA di mana prosedur pengawasan kesihatan demam kuning akan dilaksanakan bagi memastikan jangkitan dapat dielakkan.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Indera Dr Sha’ari B Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Dr. Wan Noraini Wan Mohamed Noor, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Mohamed Shaharil Amir, Unit Jaminan Kualiti & Pematuhan, Mas Kargo dan YBrs. Dr. Mohd Nasir bin Habib, Pegawai Kesihatan KLIA.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-17 08:35:56 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page