MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE PEJABAT KESIHATAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA).

10 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas di Bilik Mesyuarat 1 Bangunan Kastam FCZ berkenaan Pejabat Kesihatan KLIA oleh Dr. Mohd Nasir bin Habib, Pegawai Kesihatan KLIA dan diteruskan dengan taklimat berkaitan Prosedur Pengeluaran Permit dan Pergerakan Mayat di Kargo KLIA oleh Encik Amri bin Mohd Said, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran KLIA.

Pejabat Kesihatan KLIA sentiasa komited dalam memastikan tiada kemasukan sebarang jenis penyakit berjangkit dan tidak berjangkit ke Malaysia melalui penglibatan dan penyertaan yang berterusan dari semua pihak selain memantau dan menyelia aktiviti kawalan vektor bagi mewujudkan negara yang sihat melalui perkhidmatan kesihatan yang diberikan.

Malaysia amat menitikberatkan prosedur pengurusan mayat secara import dan eksport di pintu masuk antarabangsa negara. Proses ini dilaksanakan dengan penuh teliti dan berperingkat agar tiada pencerobohan atau penyeludupan haram berlaku sepanjangan pengendalian.

YB Lukanisman juga berkesempatan untuk melawat kawasan kargo mayat KLIA untuk melihat secara lebih dekat proses pengurusan mayat dan fasiliti yang digunakan oleh petugas-petugas kargo tersebut.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Indera Dr Sha’ari B Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Dr. Wan Noraini Wan Mohamed Noor, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Dr Norhasliza Abu Bakar, Sektor Peraturan Kesihatan Antarabangsa Dan Kesihatan Pengembaraan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Tn Shahrunnizam Abd Jamil, Pengurus Besar Operasi Terminal 2 KLIA Malaysia Airports (Sepang), YBrs. Pn. Junita Aziz, Pengurus Kanan Cargo Management, Malaysia Airports (Sepang) dan YBrs. Mohamed Shaharil Amir, Unit Jaminan Kualiti & Pematuhan, Mas Kargo.

image image

Kemaskini pada 2023-08-17 08:54:26 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page