MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS SAMBUTAN HARI JURURAWAT SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL MIRI DI PULLMAN HOTEL MIRI.

12 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Hospital Miri di Pullman Hotel Miri.

Sambutan Hari Jururawat Sedunia disambut pada tarikh 12 Mei setiap tahun. Tema sempena Hari Jururawat Sedunia tahun ini adalah “Our Nurses: Our Future” yang membawa maksud menekankan kepentingan profesion kejururawatan untuk manfaat sistem penjagaan kesihatan Negara.

YB Lukanisman menyatakan bahawa setiap profession di Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai peranan masing-masing dan jururawat juga tidak terkecuali kerana di samping membantu kakitangan yang lain, tugas utama seorang jururawat adalah untuk memastikan setiap pesakit yang datang ke fasiliti kesihatan KKM menerima perkhidmatan kesihatan dengan baik dan selesa tanpa gagal.

Beliau turut menyatakan bahawa jururawat sebagai tulang belakang dalam penjagaan kesihatan negara kerana menjadi jururawat bukan sekadar membantu doktor atau menjaga pesakit malah jururawat berdepan dengan cabaran yang tinggi dengan masa kerja yang panjang. Di samping itu, beliau berharap agar jururawat meneruskan usaha gigih dalam memberikan perkhidmatan perawatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit khususnya di Bahagian Miri dan Negara Malaysia amnya.

Turut hadir YBrs. Dr. Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri, Encik Karambir Singh Honey, Mantan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Miri, Puan Dayang Diun Binti Abu Bakar, Ketua Penyelia Jururawat Hospital Miri dan Puan Hartini Sinow, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia Hospital Miri 2023.

image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-22 09:05:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page