MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI DIALOG BERSAMA PEGAWAI PERUBATAN, PEGAWAI PERGIGIAN DAN PEGAWAI FARMASI PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU (JKNT) DI AUDITORIUM HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ) KUALA TERENGGANU

13 Ogos 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir ke Sesi Dialog bersama Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) di Auditorium Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Para hadirin telah diberikan peluang untuk mengajukan soalan, pandangan ataupun cadangan berhubung sistem kesihatan di negeri khasnya dan negara amnya.

YB Menteri telah memberikan pandangan dan penjelasan terhadap isu – isu yang dibangkitkan oleh petugas kesihatan ini serta menerima baik semua pandangan dan cadangan mereka demi penambahbaikan sistem kesihatan di negara ini.

YB Menteri Kesihatan yakin dan percaya Kertas Putih Kesihatan yang telah diluluskan di Parlimen tempoh hari akan membantu menyelesaikan banyak masalah secara berperingkat di semua fasiliti kesihatan di negara ini nanti.

Turut hadir YBhg. Dato’ Dr Hjh Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBrs. Dr Saifur Rahman bin Muhammad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), YBrs. Dr Mohd Anuar bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr Rusli bin Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Puan Wan Noraimi binti Wan Ibrahim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), Encik Muhamad Fadzil bin Ali, Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan) dan YBrs. Dr Norazman bin Alias, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah.

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-22 09:45:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page