MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI PENILAIAN PROGRAM KECERIAAN ANTARA KEMENTERIAN SEMPENA BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG TAHUN 2023.

14 Ogos 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyambut kedatangan Panel Juri bagi Sesi Penilaian Program Keceriaan antara Kementerian sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2023.

KKM telah menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan kebangsaan. Antaranya adalah pertandingan keceriaan kemerdekaan ruang pejabat, pertandingan kereta berhias, pertandingan reka cipta barangan terpakai, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan makanan sihat dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga Pameran dan Dekorasi Kemerdekaan, pameran Future Hospital, dan Pameran Galeri Evolusi Perkhidmatan Kesihatan.

Semua warga kerja kerja KKM telah menunjukkan komitmen yang tinggi, semangat perpaduan serta patriotism dalam menjayakan program bulan kebangsaan 2023 peringkat KKM.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Asmayani Binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Puan Norli Binti Karim, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Puan Noriza Binti Kassim, Timbalan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan.

Barisan panel juri terdiri daripada En. Hazize Bin San, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka Jabatan Penerangan Malaysia, Puan TPr. Norzita Binti Abd Razak, Pengarah Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya dan En. Mohd. Rizal Bin Mohd Hamdan, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

image image image
image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-22 10:06:04 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page