MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN NATIONAL REGULATORY CONFERENCE 2023 (NRC 2023) DI KUALA LUMPUR

15 Ogos 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian National Regulatory Conference 2023 (NRC 2023) di Kuala Lumpur. NRC 2023 bertemakan 'Regulatory Agility, Navigating Winds of Change' merupakan satu persidangan yang dianjurkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dengan kerjasama Malaysian Pharmacists Society (MPS).

Persidangan ini diadakan sebagai satu platform bagi perkongsian perkembangan terkini serta inovasi dalam bidang regulatori farmaseutikal dan kosmetik.

Penganjuran persidangan kali ini dihadiri seramai 630 penyertaan yang terdiri daripada badan regulatori, industri dan pihak-pihak berkepentingan dalam industri farmaseutikal tempatan serta antarabangsa.

NPRA sentiasa menggiatkan usaha penambahbaikan sistem regulatori khususnya dalam proses penilaian produk farmaseutikal bagi memastikan akses ubat-ubatan kepada pesakit dipenuhi dengan kadar segera tanpa mengenepikan aspek efikasi, keselamatan dan kualiti produk.

NPRA telah memperkenalkan laluan alternatif pendaftaran produk farmaseutikal di Malaysia yang lebih responsif terhadap keperluan semasa seperti Pendaftaran melalui laluan Priority Review, Pendaftaran Bersyarat (Conditional Registration), Pendaftaran melalui laluan Facilitated Registration Pathway (Reliance), Pendaftaran produk Orphan Medicines (For Rare Diseases) dan Pendaftaran secara Conditional Registration of Pharmaceutical Products During Disaster.

Majlis turut menyaksikan pelancaran buku 'coffee table' sempena ulang tahun ke-45 NPRA. Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.

image image image
image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-22 11:18:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page