MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PERSIDANGAN LEAN HEALTHCARE PERINGKAT ANTARABANGSA 2023 DI PUTRAJAYA

15 0gos 2023- YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan perasmian Persidangan Lean Healthcare Peringkat Antrabangsa 2023 di Putrajaya.

Persidangan peringkat antarabangsa yang berlangsung selama dua hari ini merupakan sambutan pelaksanaan 10 tahun Lean Healthcare di KKM di samping menyemarakkan semula semangat pembudayaan 'Lean' di hospital dan klinik.

Persidangan ini juga merupakan satu platform terbaik yang menghimpunkan petugas kesihatan, pengamal dan pakar Lean dari pelbagai bidang bagi berkongsi amalan terbaik pelaksanaan Lean di fasiliti masing-masing.

Peserta persidangan kali ini adalah seramai 430 orang, terdiri daripada kakitangan KKM, hospital swasta, hospital universiti, hospital angkatan tentera, juga wakil dari negara-negara serantau Asia seperti Brunei, Indonesia dan China.

Sejak mula diperkenalkan di hospital-hospital KKM pada 2013, inisiatif Lean telah dikembangkan di 52 buah hospital negeri dan berpakar, 107 klinik kesihatan, institusi perubatan khas seperti Institut Kanser Negara, Pusat Darah Negara, Hospital Tuanku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur), serta turut melibatkan beberapa sektor seperti kejururawatan, farmasi, kesihatan awam, penyelidikan dan sokongan teknikal.

Pelaksanaan Lean telah membantu menambahbaik proses kerja antaranya masa menunggu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan, klinik-klinik pakar dan makmal ujian diagnostik, mengurangkan kesilapan dalam proses rawatan (medical error) seterusnya menjamin keselamatan pesakit, meningkatkan tahap efisiensi dan produktiviti hasil proses kerja yang yang lebih mudah tanpa pertindihan kerja dan pembaziran, serta mencetus budaya kerja berpasukan, menghormati pendapat rakan sekerja ke arah menggerakkan aktiviti penambahbaikan secara berterusan.

KKM akan terus komited menambahbaik pelbagai aspek pemberian perkhidmatan kepada pesakit terutamanya di peringkat penjagaan kesihatan sekunder dan tertier melalui analisis keperluan secara berterusan, melaksanakan pembangunan fasiliti, penambahan sumber perubatan mengikut keperluan semasa dan jangka masa panjang.

image image image
image image image
image image image
image image image

 


Kemaskini pada 2023-08-22 11:46:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page