MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN HEALTHCARE FACILITY MANAGEMENT CONFERENCE & EXHIBITION 2023 (HCFM CONFEX 2023) DI PUTRAJAYA.

17  Ogos 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan menyempurnakan perasmian Healthcare Facility Management Conference & Exhibition 2023 (HcFM CONFEX 2023) di Putrajaya.

HcFM CONFEX 2023 merupakan persidangan dan pameran Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang menampilkan sesi ceramah, perbincangan panel dan bengkel mengenai trend dan perkembangan terkini dalam perkhidmatan sokongan hospital.

Tema “Pengurusan Kemudahan Penjagaan Kesihatan Mampan Melalui Teknologi dan Inovasi” (Sustainable Healthcare Facility Management Through Technology and Innovation) bertepatan dengan aspirasi kerajaan dan seruan KKM dalam amalan kelestarian hijau yang merangkumi elemen penarafan bangunan hijau, pengurusan tenaga, kualiti udara dalaman (IAQ) dan pengurusan sisa lestari melalui pendekatan Reduce, Reuse, Recycle (3R).

KKM telah mula melaksanakan pelbagai inisiatif lestari sejak tahun 2015 melalui Program Kelestarian di hospital-hospital kerajaan. Hasil pelaksanaan program pengurusan tenaga sehingga Disember 2022, KKM telah berjaya mencapai penjimatan tenaga kumulatif sebanyak 696 GigaWatt-Jam (GWj), bersamaan dengan penjimatan kos utiliti sebanyak RM292 juta berbanding tanda aras tahun 2015 dan 2016 serta pengurangan pelepasan CO2 melebihi 487 ribu tan.

Sehingga kini, sebanyak empat belas (14) hospital di KKM telah berjaya mendapatkan penarafan bangunan hijau sama ada melalui pensijilan Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) atau pensijilan Malaysian Carbon Reduction and Environmental Sustainability Tool (MyCREST).

KKM terus komited untuk memastikan semua fasiliti kesihatan KKM mencapai sasaran neutral karbon, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mencapai status negara sifar bersih (net zero country) seawal tahun 2050.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.

 

 

 

image image image
image image image
image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-08-24 11:24:20 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page