MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE - 10 PERKHIDMATAN REHABILITASI PEDIATRIK HOSPITAL REHABILITASI CHERAS & PELANCARAN BUKU DIGITAL KENANGAN TERINDAH- “A DECADE OF LOVE, JOY AND HOPE”

18 Ogos 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 10 Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik Hospital Rehabilitasi Cheras dan seterusnya menyempurnakan pelancaran Buku Digital Kenangan Terindah Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik HRC - “A Decade of Love, Joy and Hope” di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) merupakan satu-satunya hospital di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Program Perubatan Rehabilitasi Pediatrik untuk golongan kanak-kanak dan remaja kurang upaya fizikal bermula pada 18 Februari 2013. Program ini menyediakan khidmat nasihat perubatan rehabilitasi dan membuat penilaian potensi pesakit.

Antara aktiviti yang telah dirancang sempena sambutan ini adalah booth pameran, ceramah kesihatan, forum sembang petang, perkongsian pengalaman hidup dan Pelancaran Buku Digital Kenangan Terindah Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik HRC - “A Decade of Love, Joy and Hope”.

YB Dr. Zaliha Mustafa dan YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa melawat ke booth pameran dan Wad Rehabilitasi Pediatrik serta berpeluang untuk beramah mesra dengan pesakit-pesakit pediatrik di hospital tersebut.

Turut hadir ialah YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBrs. Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, YBrs. Dr. Nor’aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur dan Putrajaya dan YBrs. Dr. Tan Cheong How, Timbalan Pengarah (Perubatan), Hospital Rehabilitasi Cheras.

image image image
image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-24 11:38:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page