MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PENYERAHAN CEK SUMBANGAN SEBANYAK RM84,276.70 DARIPADA POS MALAYSIA BERHAD (PMB) DI IBU PEJABAT KKM.

18 Ogos 2023- YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima cek sumbangan sebanyak RM84,276.70 daripada Pos Malaysia Berhad (PMB) di Ibu Pejabat KKM hari ini. Cek sumbangan ini telah diserahkan oleh Encik Zaini bin Yahman, Pengarah Operasi Pos Malaysia dan disaksikan oleh Puan Norhaliza binti A. Halim, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi.

Kolaborasi Program Perkhidmatan Farmasi KKM dengan PMB iaitu melalui perkhidmatan “Ubat Melalui Pos (UMP)” sejak tahun 2011 ini ditawarkan bagi membantu pesakit menerima ubat susulan di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu ke fasiliti kesihatan KKM, yang mana 5% daripada hasil UMP akan disumbangkan ke Tabung Amanah KKM.

Sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif UMP sehingga bulan Jun 2023, PMB telah menyumbang sebanyak RM708 ribu ke dalam Tabung Amanah KKM dan daripada jumlah tersebut, RM617 ribu telah dibelanjakan untuk rawatan pesakit kanser melalui pembelian peralatan perubatan. Bagi tahun ini sehingga Jun 2023, sebanyak 360,922 bungkusan telah dihantar melalui perkhidmatan UMP, yang mana RM84,276.70 akan disalurkan kepada Tabung Amanah KKM.

KKM merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan pihak PMB ini dan berharap kolaborasi strategik antara sektor awam dan swasta akan berterusan pada masa hadapan demi kesejahteraan rakyat.

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-24 11:45:06 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page