MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN TERAPI SEL STEM MALAYSIA (MSCRT) KE-4 2023 DENGAN KERJASAMA PERSATUAN TRANSFUSI DARAH MALAYSIA (MBTS) DI WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR.

19 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Simposium Penyelidikan dan Terapi Sel Stem Malaysia (MSCRT) Ke-4 2023 dengan kerjasama Persatuan Transfusi Darah Malaysia (MBTS) di World Trade Centre, Kuala Lumpur.Tema simposium tahun ini ialah “Accelerating Advances in Regenerative Medicine: The Prime Drivers of Tomorrow's Precision Medicine” atau Kemajuan Perubatan Regeneratif untuk Perubatan masa hadapan.

YB Lukanisman menyatakan persidangan seperti ini sangat penting kerana Persidangan ini dapat mewujudkan platform untuk industri, akademia, dan pakar perubatan di semua peringkat untuk bekerjasama, pertukaran pendapat dan pengetahuan dalam bidang sains sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara kita.

Transfusi darah dan sel stem telah lama digunakan dalam bidang perubatan dan perkembangan dalam bidang Terapi Sel semakin pesat. Selaras dengan perkembangan semasa, Jawatankuasa Kebangsaan Etika Penyelidikan dan Terapi Sel (NCERT), yang beroperasi di bawah Bahagian Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memainkan peranan dalam mengawal selia aktiviti penyelidikan dan kajian klinikal mengenai sel stem dan terapi berasaskan sel. Jawatankuasa memastikan penyelidikan makmal dan klinikal dijalankan mengikut etika yang digariskan oleh KKM.

Bidang perubatan moden di peringkat antarabangsa telah menyaksikan perubahan ketara berikutan penemuan teknologi dan rawatan baharu. Antaranya ialah penggunaan Artificial Intelligence dan rawatan berasaskan produk terapi sel. Gabungan teknologi baharu dan perubatan merupakan pemangkin penting dalam menangani penyakit yang sukar dirawat seperti kanser.

Turut hadir sama ialah Dr Zubaidah Zakaria, Presiden Persatuan Penyelidikan dan Terapi Sel Stem Malaysia (MSCRT), Dato’ Dr Faraizah Dato’ Abd. Karim, Presiden Persatuan Transfusi Darah Malaysia, Prof Madya Dr. Rajech Ramasamy, Timbalan Presiden MSCRT dan YBrs. Dr. Ezalia Esa, Ketua Pusat Penyelidikan Kanser, Institut Penyelidikan Perubatan, NIH.

 

image image image
image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-24 12:09:51 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page