MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN (NOU) KERJASAMA STRATEGIK BIDANG KESIHATAN DAN KEBOMBAAN DI ANTARA (KKM) DAN (KPKT) MELALUI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM)

22 Ogos 2023- Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diadakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah disaksikan oleh YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Sesi Menandatangani NoU ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua kementerian khususnya dalam usaha mengurangkan tempoh masa pemindahan pesakit dan pasukan perubatan di hospital atau fasiliti kesihatan seluruh negara.

YB Dr Zaliha Mustafa dalam ucapan beliau berharap penganjuran NoU ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia kerana ia dilihat amat signifikan dalam usaha KKM memperkasakan Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital dan Ambulans (PRPA) di negara ini.

Turut hadir ialah Yang Amat Setia Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Yang Berbahagia Datuk Dr. Norhayati binti Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

 

image image image
image image image
image image image
     

Kemaskini pada 2023-08-24 12:23:03 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page