MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SIJIL PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS “PENYERTAAN TERBESAR DALAM ACARA X-BREAK SECARA VIRTUAL” DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

23 Ogos 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan menerima Sijil Pengiktirafan Malaysia Book of Records “Penyertaan Terbesar dalam Acara X-Break secara Virtual” di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.

Pengiktirafan ini diterima melalui penganjuran X-Break Mega bersama Warga Institusi Pendidikan Terbesar secara Virtual yang telah berlangsung semasa Himpunan Virtual HePiLI – Kami Nak Hidup Sihat pada 6 Julai 2023.

Seramai 1,005,023 warga institusi pendidikan telah melakukan X-Break secara serentak melibatkan prasekolah/tabika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara. Penyertaan terbesar ini juga telah mengiktiraf KKM sebagai pemegang rekod kebangsaan dan terbesar melaksanakan X-Break secara serentak di Malaysia.

X-Break atau aktiviti regangan ringkas merupakan salah satu inisiatif bagi mengelak budaya sedentari selain meningkatkan imuniti badan generasi muda.

Pengiktirafan Malaysia Book of Records ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan hidup sihat kepada semua kumpulan sasar terutama murid sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi di samping mengekalkan momentum pelaksanaan inisiatif promosi kesihatan di semua institusi pendidikan seluruh negara.

Turut hadir, YB Tuan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) dan YBrs. En Edwin Yeoh Tiong Chin, Perunding Kanan, Malaysia Book of Records.

image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-29 14:33:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page