24 Ogos 2023- YB Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk berbincang mengenai input berhubung cadangan inisiatif Belanjawan 2024, yang mana dijadualkan pembentangan di Parlimen oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada bulan Oktober 2023.
Turut hadir adalah YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Cik Hasliana binti Kamarudin, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Sosial) dan pegawai-pegawai kanan KKM dan MOF.
Kemaskini pada 2023-08-29 15:04:18 daripada UKK Norhanita