MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN MADANI AFIAT PERINGKAT NEGERI JOHOR DAN GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES 2.0 PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 DI PADANG SK KAMPONG JAWA, SEKIJANG, JOHOR

26 Ogos 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Madani Afiat Peringkat Negeri Johor dan Gotong-royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan 2023 di Padang SK Kampong Jawa, Sekijang, Johor.

Program ini merupakan program Madani Afiat yang keempat dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam merealisasikan Tonggak Kedua Kertas Putih Kesihatan 2023 yang menggariskan peralihan fokus merawat pesakit kepada paradigma baharu iaitu daripada Sick Care kepada Health Care.

Antara pengisian utama program ini adalah aktiviti “Touch Point” yang melibatkan pihak pengurusan tertinggi KKM, pemimpin masyarakat dan pasukan perubatan dalam menjalankan saringan kesihatan dari rumah ke rumah. Selain itu, KKM berpeluang menjalankan kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung antaranya ialah PeKa B40, Pendaftaran Pendermaan Organ, Breast Cancer Support Society dan sebagainya.

YB Dr Zaliha juga telah menyerahkan Sijil Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) kepada pengusaha-pengusaha foodtruck yang mematuhi piawaian penyediaan makanan yang telah ditetapkan oleh KKM.

Turut hadir ialah YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut, Pengarah Kesihatan Negeri Johor YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor dan YBrs. Encik Mohd Masni bun Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-08-29 15:21:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page