MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) (FOMCA), PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA (MMA), PERSATUAN FARMASEUTIKAL MALAYSIA (MPS) DAN PERSATUAN HOSPITAL SWASTA MALAYSIA (APHM)

28 Ogos 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berkenaan Piagam Pesakit 2023 – Kesihatan Sebagai Hak, Bukan Komoditi di Dewan Bunga Raya, MMA, Kuala Lumpur.

Piagam Pesakit ini sangat penting kerana ia berfungsi sebagai panduan bagi pesakit yang menggariskan hak dan juga tanggungjawab mereka. Inisiatif ini sesuai dengan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap polisi perawatan yang berpusat pada pesakit, seperti yang terdapat dalam Kertas Putih Kesihatan (HWP).

Dokumen ini bukan sahaja menggariskan komitmen KKM dalam meningkatkan standard penjagaan kesihatan tetapi juga menandakan kerjasama yang erat antara MMA, FOMCA, APHM dan MPS yang secara kolektif mewakili doktor, pengguna, hospital swasta dan industri farmaseutikal.

Turut hadir, YBrs. Dr. Muruga Raj Rajathurai Presiden, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), YBhg. Datuk Dr Marimuthu Nadason, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), YBhg. Datuk Dr. Kuljit Singh, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan YBhg. Profesor Amrahi Buang, Presiden, Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS).

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-29 16:12:07 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page