MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN THE 1ST ADDICTION AND FORENSIC PSYCHIATRY SYMPOSIUM 2023 DI HOTEL SOFITEL, DAMANSARA

28 Ogos 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir merasmikan The 1st Addiction And Forensic Psychiatry Symposium 2023 di Hotel Sofitel, Damansara. Simposium yang julung kali dianjurkan ini direalisasikan dengan kerjasama Program Sub-Kepakaran Psikiatri Penagihan dan Psikiatri Forensik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bertemakan ‘Navigating Roadblocks Recapturing Life’.

Simposium ini juga hasil kerjasama Badan Kebajikan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pengisian simposium ini merangkumi perbincangan bersama pakar-pakar dari dalam dan luar negara dengan matlamat untuk meningkatkan kefahaman mengenai ketagihan dan forensik psikiatri dalam kalangan psikiatri khususnya dan pengamal perbuatan.

KKM menerusi Program Sub-kepakaran Psikiatri Penagihan dan Psikiatri Forensik memfokuskan penyaluran dwi-rawatan berbentuk perubatan dan psikoterapi kepada golongan yang terkesan. Akses yang lebih mudah kepada rawatan dan pemulihan termasuklah penekanan terhadap ‘community-based approach’ adalah antara perkara yang perlu ditekankan.

Melalui program ini akan wujudnya satu ekosistem rawatan pemulihan yang lebih bermaruah kepada pesakit dan pelanggan perkhidmatan tersebut. Integrasi erat antara agensi penguatkuasa kerajaan, badan perundangan serta organisasi anti dadah pula berupaya memperkukuh kredibiliti organisasi yang bertindak secara langsung dan tidak langsung dalam hal ehwal perundangan dan pembanterasan salah laku dadah dan jenayah.

KKM juga akan memastikan perkhidmatan-perkhidmatan klinikal yang terlibat dengan proses rawatan, pemulihan penagihan dan forensik diberikan perhatian dalam memperolehi ubatan dan intervensi, sesuai dengan cabaran terkini berkaitan penggunaan dan penagihan dadah.

Turut hadir, YBhg. Professor Datuk Dr. Adeeba Kamaruzzaman, Professor Perubatan, Monash University, YBrs. Dr. Mohd Fadzli Mohamad Isa Ketua Program Sub-kepakaran Psikiatri Penagihan KKM, YBrs. Dr. Saramah Mohd Isa mewakili Dr. Ian Lloyd, Ketua Program Sub-kepakaran Psikiatri Forensik KKM, YBrs. Dr. Zanariah Mat Saher Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, HKL dan YBrs. Dr. Hafiz Norzan Yang di-Pertua, Badan Kebajikan Psikiatri, HKL.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-08-29 16:28:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page