MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN MAJLIS KICK OFF PROJEK INTERVENSI C-HAT DI SEKOLAH BERTEMPAT DI SK ST THOMAS, KUCHING, SARAWAK

29 Ogos 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Kick Off Projek Intervensi C-Hat di Sekolah bertempat di SK St Thomas, Kuching, Sarawak.

Program ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan penglibatan ahli PIBG / PIBKS dan kolaborasi bersama United Nation Children’s Fund (UNICEF) dalam melaksanakan Inisiatif Pemerkasaan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG): Cara Hidup Anda Terbaik (C-HAT).

Matlamat utama program ini adalah untuk memastikan aktiviti pemakanan dan kesihatan ke arah menangani masalah obesiti di sekolah dengan berpandukan kepada satu modul intervensi komprehensif yang melibatkan komponen pemakanan, aktiviti fizikal, senaman, kesihatan minda dan psikologi yang telah dibentuk. Sebanyak 10 buah sekolah di sekitar negeri sarawak dengan penglibatan hampir 400 orang murid turut serta dalam menjayakan program ini pada hari ini. Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK St Mary, SK Petra Jaya, SK Matang Jaya dan SJKC Chung Hua No. 2.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Puan Rusidah Selamat, Bahagian Pemakanan KKM dan YBrs. Dr. Les anak Met, Timbalan Pengarah (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

 

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-09-15 10:19:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page