3 September 2023- YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) diiringi oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.
Lawatan ini adalah untuk melihat keadaan persekitaran kawasan hospital serta fasiliti yang disediakan di hospital tersebut bagi memastikan perancangan naik taraf dapat dilaksanakan dengan baik.
Dalam lawatan yang berlangsung di bangunan Poliklinik yang mempunyai 24 buah kliniik pakar, YAB Perdana Menteri telah mengunjungi Unit Fisioterapi, Farmasi dan beberapa klinik pakar. YAB Perdana Menteri juga sempat beramah mesra dengan pesakit-pesakit dan petugas-petugas kesihatan yang berada di sekitar hospital tersebut.
Turut hadir ialah, YBhg. Datuk Onn Hafiz bin Dato' Ghazi, Menteri Besar Johor, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Shahrazat binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan, MINDEF dan YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Kemaskini pada 2023-09-22 11:25:16 daripada UKK Norhanita